Halaman

PENGIKUT

Khamis, 23 Mei 2013

YaAllah :'(




Assalamualaikum. Alhamdulilah harini aku dah habis exam. Macam tak percaya 2 minggu lebih exam
tapi rasa macam sekejap sangat semua ni berlalu. Sekejap sangat dia lupakan aku.
Sekejap sangat dia ada pengganti baru. YaAllah, mungkin sebab engkau nak tunjuk smua ni
kat aku sebab tu petang dari pagi tadi sampai petang aku rasa tak sedap hati,
tak tenang duduk. Terima kasih sebab tunjukkan aku semua ni. 

Shahriza Fitri. Aku takkan pernah lupa nama tu :)
Shah, aku menangis bukan sebab aku perlukan kau, bukan sebab aku nak ambil 
simpati dari kau untuk balik pada aku. Kalau kau nak balik dekat aku pon aku nak kau
ikhlas trima aku bukan sebab kesian atau terpaksa. Soal hati takde undang2, 
apetah lagi paksaan. Mungkin aku menangis sebab
aku sedar dah tiba masanya untuk aku lupakan kau, untuk aku lepaskan kau pada orang lain.
Kalau dalam masa seminggu dua lagi dia memang tak cari aku, mungkin aku
perlu buat sesuatu untuk jadikan dia kisah silam aku buat selama2nya.
Aku akan cuba tersenyum sambil mendoakan kebahagiaan dia walaupon
hati aku menangis. Aku akan cuba. Semuanya untuk dia :')

Orang yang putus cinta memang berakhir dengan airmata. Kami tak couple,
tapi kami bercinta. Soal cinta adalah soal hati, ianya juga soal jodoh. Kami hanya mampu
merancang , tetapi Allah yang menentukan jodoh kita. Aku tahu aku tak boleh nak paksa dia
 untuk rindu aku, sayang aku, cinta aku balik macam dulu. Walau jauh mana pon sayang
aku pada dia tapi kalau tak berbalas memang susah untuk akhirkan hubungan tu dengan
perkahwinan. Sekarang smuanya memang tak berbalas sebab tu aku cakap
dekat dia yang kita memang dah takda harapan. Hmm :'(
Kalau aku betol2 sayangkan dia aku kena selalu sokong dia dari belakang untuk
cari kebahagiaan dia dan aku kena selalu doakan dia walaupon dia takda kat sisi aku :')
Aku bersyukur sangat sebab dapat tahu mende ni harini, hari aku last exam.
Kalau tahu masa aku tengah exam aku tak tahu jadi apa :'/

YaAllah YaTuhanku, seandainya telah kau catatkan dia tercipta untukku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku. Semoga kebahagiaan akan sentiasa bersama kami.
YaAllah YaTuhanku yang Maha Mengasihani, seandainya kau takdirkan dia bukan
milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, dari hidupku, lupakanlah dia
dari ingatkanku, dan peliharalah aku daripada kekecewaan. YaAllah YaTuhanku,
berikanlah aku kekuatan untuk terima hakikat bahawa dia bukan milikku lagi.
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu.
Sesungguhnya apa yang telah kau takdirkan adalah yang terbaik untukku.

Ya Allah, Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat.
Dengarlah doa hambaMu yang daif ini. Berikanlah kebahagiaan kepada kami di dunia 
dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin amin Ya Rabbal Alamin -

Assalamualaikum :'(





Tiada ulasan:

Catat Ulasan