Halaman

PENGIKUT

Selasa, 25 November 2014

Sayangg.




Aku dah takde sape-sape selain kau.
Kawan-kawan semua dah pergi.
Family aku selalu jauh dari aku.
Kau lah abang, kau lah kawan kau lah keluarga.
Sape lagi yang aku boleh harapkan.
Cuma kau yang selalu datang untuk baiki semua kekurangan dalam hidup aku.
Cuma kau yang selalu ada dekat belakang aku untuk bg semangat.
Cuma kau yang ambil tahu jatuh bangun aku.

Jadi kenapa sekarang kau nak pergi?
Kau bagi aku seribu alasan. Kau jauhkan diri dari aku.
Kenapa..

Aku penat, lelah keletihan lalui semua cabaran ni.
Tapi selagi dia yang bernama manusia dia masih layak 
dan patut diuji.

Jadi aku redha dan masih cuba untuk berdiri seorang diri tanpa bantuan dari sesiapa pon.
Pergi dulu. Assalamualaikum.

Selalu sayang dan rindu awak sayanggg. saya minta maaf untuk semuanya harini.










Khamis, 13 November 2014

Kawan.



 Hargai, menghargai dan dihargai perbuatan yang mampu buat orang rasa bahagia.
Lagi-lagi bila diri kita dihargai, terasa hidup ni bermakna sangat-sangat.
Tapi kalau tak dihargai, rasanya sangat menyakitkan. 
Sedih sangat bila segala usaha yang kita buat langsung tak dipandang
dan langsung tak diingat. Kita cuba sehabis daya untuk membantu
 tapi penyudahnya kita yang dikecewakan. Bila jadi macamtu baru kita sedar
betapa banyak masa yang kita bazirkan, tenaga dan segala rasa prihatin kita
kepada dia.

Jaga diri JIBAB.




Rabu, 16 April 2014

16 / 4 / 2014




 

Hati ni patah renyuk macam dihiris dan digilis trailer 14 tayar malam tadi.
Sedih dia tu Tuhan je yang tahu. Mampu ke aku tanggung semua ni
sorang diri? Walaupun semua ni berpunca dari kau tapi aku masih perlukan kau
dalam setiap langkah hidup aku.

Tuhan tahu rasa hati aku, Tuhan dengar keluhan hati aku. 
Kadang-kadang aku terlepas pandang yang Dia dah atur semuanya.
Mungkin dia nak aku berjumpa orang lain atau mungkin dia letakkan 
ujian dalam hubungan aku dengan dia. Mungkin. Banyak probability dia kat situ.

Dalam hidup ni tak semua yang kita hendak boleh kita capai,
Kalau boleh pun mungkin memerlukan sedikit pengorbanan.
Lagi-lagi bila melibatkan hati dan perasaan kita dan orang lain.

Aku menangis macam orang bodoh sebab tak dapat apa yang aku harapkan dari dia,
lepastu salahkan takdir. Astaghfirullah.
Padahal aku yang tak sedar apa yang aku dapat sekarang ni
sebenarnya lebih baik dari apa yang aku harapkan.

Aku bersyukur adanya dia. 
Dialah sahabat, dialah teman masa aku sunyi, dialah teman masa aku jatuh,
dialah abang, dialah yang ada dalam hati.
Aku akan cuba jaga dia macam aku jaga diri aku.

Terima kasih untuk semua Sayang . Iloveyou