Halaman

PENGIKUT

Jumaat, 27 September 2013

Buka Buku Baru ♕




I just deleted all my previous story and now ive start with a new story, new life and new me. 
So hi bloggers :)
Untuk beberapa bulan aku menangis fikirkan kau tapi Alhamdulilah, now I can smile again without you.
I'm very proud of myself, no one can change it, you or anyone else, i'm proud to be myself with all that I have and all that I can do.
Biar smua tu jadi kenangan paling pahit dalam hidup aku. Kenangan tu smua wujud
masa kau pergi dari hidup aku. Kau biarkan aku menangis, kau biarkan aku merana. K Takpa.
Allah tahu kerja Dia. Biar Allah yang balas smua perbuatan bodoh kau tu.
Dulu aku selalu cakap aku tak boleh, tak mampu nak lupakan kau,
tapi sekarang aku tahu apa yang aku cakap dulu 
smuanya salah and now my life is very complete without you.
Jangan fikir aku layan kau baik baik aku nak kau balik pada aku.
Aku cuma nak ingatkan diri aku supaya tak benci orang yang pernah bahagiakan aku dulu.
Thats all.

Allah itu maha adil.
Dia takkan biarkan hambaNya rasa susah je,
Kalau hidup sentiasa susah siapa je yang nak hidup lagikan?
Aku sendiri taknak hidup kalau 24 jam aku diberi ujian & dugaan.
Alhamdulillah. Hidup aku bahagia sekarang.
Terima kasih ya Allah :)



Khamis, 23 Mei 2013

YaAllah :'(




Assalamualaikum. Alhamdulilah harini aku dah habis exam. Macam tak percaya 2 minggu lebih exam
tapi rasa macam sekejap sangat semua ni berlalu. Sekejap sangat dia lupakan aku.
Sekejap sangat dia ada pengganti baru. YaAllah, mungkin sebab engkau nak tunjuk smua ni
kat aku sebab tu petang dari pagi tadi sampai petang aku rasa tak sedap hati,
tak tenang duduk. Terima kasih sebab tunjukkan aku semua ni. 

Shahriza Fitri. Aku takkan pernah lupa nama tu :)
Shah, aku menangis bukan sebab aku perlukan kau, bukan sebab aku nak ambil 
simpati dari kau untuk balik pada aku. Kalau kau nak balik dekat aku pon aku nak kau
ikhlas trima aku bukan sebab kesian atau terpaksa. Soal hati takde undang2, 
apetah lagi paksaan. Mungkin aku menangis sebab
aku sedar dah tiba masanya untuk aku lupakan kau, untuk aku lepaskan kau pada orang lain.
Kalau dalam masa seminggu dua lagi dia memang tak cari aku, mungkin aku
perlu buat sesuatu untuk jadikan dia kisah silam aku buat selama2nya.
Aku akan cuba tersenyum sambil mendoakan kebahagiaan dia walaupon
hati aku menangis. Aku akan cuba. Semuanya untuk dia :')

Orang yang putus cinta memang berakhir dengan airmata. Kami tak couple,
tapi kami bercinta. Soal cinta adalah soal hati, ianya juga soal jodoh. Kami hanya mampu
merancang , tetapi Allah yang menentukan jodoh kita. Aku tahu aku tak boleh nak paksa dia
 untuk rindu aku, sayang aku, cinta aku balik macam dulu. Walau jauh mana pon sayang
aku pada dia tapi kalau tak berbalas memang susah untuk akhirkan hubungan tu dengan
perkahwinan. Sekarang smuanya memang tak berbalas sebab tu aku cakap
dekat dia yang kita memang dah takda harapan. Hmm :'(
Kalau aku betol2 sayangkan dia aku kena selalu sokong dia dari belakang untuk
cari kebahagiaan dia dan aku kena selalu doakan dia walaupon dia takda kat sisi aku :')
Aku bersyukur sangat sebab dapat tahu mende ni harini, hari aku last exam.
Kalau tahu masa aku tengah exam aku tak tahu jadi apa :'/

YaAllah YaTuhanku, seandainya telah kau catatkan dia tercipta untukku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku. Semoga kebahagiaan akan sentiasa bersama kami.
YaAllah YaTuhanku yang Maha Mengasihani, seandainya kau takdirkan dia bukan
milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, dari hidupku, lupakanlah dia
dari ingatkanku, dan peliharalah aku daripada kekecewaan. YaAllah YaTuhanku,
berikanlah aku kekuatan untuk terima hakikat bahawa dia bukan milikku lagi.
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu.
Sesungguhnya apa yang telah kau takdirkan adalah yang terbaik untukku.

Ya Allah, Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat.
Dengarlah doa hambaMu yang daif ini. Berikanlah kebahagiaan kepada kami di dunia 
dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin amin Ya Rabbal Alamin -

Assalamualaikum :'(